Tuesday, January 22, 2013

Pemuda UMNO Jerantut Mengadakan Majlis Tahlil Allahyarham Dato' Mohd Khairuddin Kawi Malam Ini

Allahyarham Dato' Khairuddin Kawi tokoh pejuang kemerdekaan dari Jerantut.

Malam ini di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah bandar lama Jerantut, Pemuda UMNO Bahagian Jerantut mengadakan Majlis Tahlil buat Allayarham Dato' Khairuddin Kawi tokoh veteran tersohor tempatan.

Semua penduduk bandar Jerantut dijemput hadir.

UMNO Bahagian Jerantut kehilangan seorang tokoh yang seangkatan Tun Razak yang  menjadi sumber rujukan parti kepada generasi muda Jerantut.

Bekas speaker Dun Pahang, Dato' Mohd Khairuddin Mohd Kawi meninggal dunia disebabkan sakit tua pada usia 85 tahun di Hospital Jerantut pada jam 4.30 pagi 20 Januari 2013

Mohd Khairuddin meninggalkan seorang isteri, Datin Zainah Razak, 55, dan empat anaknya.

Allahyarham yang dikenali sebagai tokoh politik, budaya dan penulis di Pahang sebelum ini dikurniakan anugerah Dato’ Kurnia Budiman daripada kerajaan negeri.

Mohd Khairuddin dilahirkan pada 3 Ogos 1928, menerima pendidikan awalnya di Kuala Lipis sebelum menyambung ke peringkat pendidikan Inggeris di Sekolah Clifford sehingga lulus Senior Cambridge.

Langkahnya dalam politik bermula pada 1951 apabila beliau mula berdamping dengan Tun Abdul Razak di Kuala Lipis ketika Tun dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Persekutuan dan Ketua Pemuda Umno Malaya.

Beliau berkecimpung dalam arena politik dan wakil rakyat selama lima penggal bermula 1955 apabila menjadi calon Umno ketika berusia 27 tahun serta memenangi kerusi kawasan Lipis Barat Daya pada Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

Seterusnya, Allahyarham dipilih menjadi wakil rakyat Umno dari 1959, 1964, 1969, 1974 sehingga 1978 di kawasan Lipis dan Jerantut.

Selepas memenangi pilihan raya Dun Kawasan Jerantut pada 1978, Allahyarham dilantik sebagai Speaker (Yang Di Pertua) Dun Pahang yang pertama ketika berusia 42 tahun.

Allahyarham semasa hayatnya juga merupakan wartawan Utusan Melayu bermula sewaktu pemerintahan British hinggalah pasca merdeka.

8 comments:

Anonymous said...

Al fatihah dan takziah buat keluarga Allahyaraham...

Ini contoh pejuang Melayu yg boleh dijadikan contoh oleh pendokong UMNO Jerantut sekarang..

Mat Periba.

Anonymous said...

Alfatiha, semoga Allah SWT memberikan pahala kepada sanak saudara dan bersabar sebaik baiknya dan semoga Allah SWT meampunkan Allahyaraham jua.

Anonymous said...

Yang ini sejarah benar... Allahyarham adalah sebahagian keluarga kami... Allahyarham memang bergelar seorang "tokoh" agama, nusa bangsa.

Al Fatihah, semoga rohnya bersama para syuhada.. Amin.

Salam takziah untuk keluarga.

Anonymous said...

Wow, this paragraph is pleasant, my sister is analyzing these kinds of things, therefore I am
going to let know her.

My page herpes cure

Anonymous said...

If you wish for to take much from this paragraph
then you have to apply these methods to your won web site.


My web-site - winrar password breaker

Anonymous said...

With havin so much content do you ever run into any issues of plagorism or
copyright infringement? My website has a lot of completely unique content I've either created myself or
outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over
the internet without my authorization. Do you know any techniques to help protect against
content from being ripped off? I'd definitely appreciate
it.

Feel free to visit my webpage :: Nike Air Max 95 Mens

Anonymous said...

May 5th (Сinco de Mɑyo) is the date of the Mexicаn army's victory oѵеr French forces at the Battle of Puebla on May 5, 1862.
Sϲan near each of the four corners ƅut not quite in the corners, then middle.
Romance is an old age thing that iѕ familiar to all people in all societies and culturеs.



my web-site: american Flag for Sale

Anonymous said...

We are a group of volunteers and opening a new scheme in our community.

Your web site provided us with valuable information to work
on. You've done an impressive job and our entire community
will be grateful to you.

Take a look at my homepage ... microsoft Points Generator

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024